Saturday, November 14, 2009

pengertian tamayyuz

Tamayyuz merupakan kalimah arab yang membawa pengertian 'perbezaan'. Perbezaan yang dimaksudkan di sini ialah pebezaan lebih ke arah kebaikan. Misalnya seseorang yang memiliki sifat tamayyuz apabila dia berada di dalam satu kelompok masyarakat yang ramai, orang akan dapat melihat perbezaannya berbanding yang lain. Seperti dari sudut akhlaknya yang mulia menjadi satu daya tarikan yang menampilkan tamayyuz yang ada pada dirinya. Oleh yang demikian itu sifat ini perlu ada kepada semua para pendakwah agar sifat yang baik yang ada pada dirinya menjadi ikutan kepada masyarakat keseluruhannya. Dalam masa yang sama, perilaku yang dibawanya dapat mencerminkan kecantikan islam yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment